- Kenali Kami -

Yayasan Royfaizal

Menginspirasi Kebaikan, Menyemai Harapan

- Sejarah Penubuhan -

Yayasan Royfaizal

Yayasan Royfaizal (1646356-P) ialah sebuah organisasi kebajikan persendirian yang ditubuhkan atas dasar keprihatinan terhadap isu-isu kemasyarakatan. Kami berperanan sebagai penyampai maklumat bagi membantu pihak yang memerlukan mendapatkan perhatian masyarakat.

Kami tidak mengumpul dana, tidak menyimpan dana dan tidak mengagihkan dana. Setiap hebahan disertakan dengan maklumat penerima supaya penyumbang boleh berurusan secara terus tanpa orang tengah.

Datuk Dr. Royfaizal bin Razali Chong
Pengasas Yayasan Royfaizal

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

(Hadis riwayat Muslim)

Visi Kami:

Menjadi medium kebajikan yang dipercayai dalam menyampaikan maklumat bantuan secara telus, beretika dan berkesan.

Misi Kami:

Penafian:

Yayasan Royfaizal (1646356-P) tidak mengurus sebarang kutipan dana. Website dan media sosial kami hanyalah platform hebahan maklumat. Segala urusan sumbangan adalah secara terus antara penyumbang dan penerima bantuan.

Yayasan Royfaizal merupakan entiti berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Lihat Sijil Pendaftaran SSM.

Ingin Membantu Secara Terus?

Yayasan Royfaizal (1646356-P) menyediakan platform hebahan maklumat untuk komuniti yang memerlukan. Kami tidak mengutip atau mengurus dana. Segala sumbangan dibuat terus kepada penerima demi ketelusan dan amanah.